Kamis, 15 September 2011

Optimis (Harapan yang baik) March 13, 2007 by nurjeehan Manusia sering ragu Orang yang ragu akan kejayaan atau masa hadapannya dapat disuntikkan semangat untuk maju dengan rasa optimis atau keyakinan pada diri sendiri. Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kuniaan Allah Ta’ala pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota tubuh badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan. Rasa ragu yang digantikan dengan rasa optimis akan menimbulkan keinginan untuk mencuba dan mengambil peluang bagi kemajuan dan kejayaan diri. (Surah Ar-Ra’du: Ayat 11) Ertinya: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala’ bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. Pengertian Optimis Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi yang memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan. Rasa optimis akan lahir dalam diri manusia yang mengenali dirinya serta menyedari kurniaan Allah kepadanya. Juga mempunyai keyakinan kepada Allah Ta’ala yang bersifat pengasih dan penyayang dan keyakinan kepada kebolehan diri sendiri. Jelasnya, optimis terbentuk daripada tiga unsur utama: 1-Mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri. 2-Yakin kepada Allah Ta’ala 3-Yakin kepada kebolehan diri sendiri. Optimis sebagai pendorong Rasa optimis menjadi pendorong utama ke arah kemajuan dan kejayaan. Perasaan ini akan melahirkan semangat ingin maju dan ingin berjaya, mengerakkan diri untuk berusaha, menimbulkan daya tahan dan istiqamah dan sedia berkorban dengan semangat jihad yang tinggi. Orang yang berjaya dalam kehidupan, memulakan usaha dengan rasa optimis pada diri sendiri, semangat berdikari dan berserah kepada Allah Ta’ala. Ia yakin bahawa usahanya yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah Ta’ala. Firman Allah Ta’ala: (Surah At-Taubah Ayat 120) Ertinya: …..Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Optimis terhadap keampunan Allah Kemajuan dan kejayaan yang hakiki adalah kemajuan dan kejayaan yang diredhai Allah Ta’ala. Kemajuan dan kejayaan itu adalah rahmat yang dikurniakan olehnya. Sedangkan rahmat Allah Ta’ala pula sering terhalang oleh dosa hambanya. Maka langkah pertama yang harus di ambil oleh orang yang mengharapkan kemajuan dan kejayaan itu ialah memohon keampunan daripadaya. Orang yang memohon keampunan kepada Allah Ta’ala hendaklah optimis bahawa Allah Maha Pengampun, tanpa rasa ragu dan kecewa, hampa dan putus asa. Allah Ta’ala dengan sifat Maha pengampun dan Maha penyayang membuka ruang pengampunan yang amat luas kepada hamba-hambanya. (Surah Az-Zumar Ayat 53) Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesunguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani. Allah Ta’ala mengalu-alukan usaha hambanya mendekatkan diri kepadanya seperti yang dapat di fahami daripada hadis Qudsi: Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau Aku lebihkan. Sesiapa yang mengerjakan satu kejahatan, maka ia hanya dibalas dengan satu kejahatan atau Aku ampunkan. Sesiapa yang hampir kepada Aku sejengkal, Aku hampir kepadanya sehasta. Sesiapa yang hampir kepada Aku sehasta, Aku akan hampir kepadanya sedepa. Sesiapa yang datang kepada Aku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari. Sesiapa yang menemui Aku membawa dosa seluas bumi, sedangkan ia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku akan menemuinya dengan memberi pengampunan sebesar itu juga. Sungguh benar bahawa nasib manusia di dunia ini tidak sama. Ada orang yang kaya dan ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sihat dan ada yang sakit. Semua yang ada pada manusia adalah rahmat daripada kurniaan Allah Ta’ala. Allah Ta’ala Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hambanya. Sikap yang paling baik dalam mengharapkan rahmat Allah Ta’ala ialah optimis bahawa Allah Maha Pemberi Rahmat dan Maha Memperkenankan Harapan hamba-hambanya. Sikap ini mendorong setiap orang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah dalam apa jua perkara yang diharapkannya. Jika kamu mengalami nasib yang kurang baik janganlah kamu kecewa dan putus asa. Percayalah bahawa Rahmat Allah amat baik dan tidak putus-putus. Firman Allah Ta’ala: (Surah Yusuf Ayat 87) Ertinya: ” Wahai anak-anakku ! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya ( Bunyamin ), Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak putus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. “ Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam: Ertinya: Allah Ta’ala menjadikan Rahmat seratus bahagian, 99 bahagian ditahan dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Daripada satu bahagian itu seluruh makhluk menaburkan kasih sayang, sehingga kamu melihat, binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya. ( Hadis Riwayat Bukhari Muslim)


Manusia sering ragu
Orang yang ragu akan kejayaan atau masa hadapannya dapat disuntikkan semangat untuk maju dengan rasa optimis atau keyakinan pada diri sendiri.  Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kuniaan Allah Ta’ala pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota tubuh badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan.
Rasa ragu yang digantikan dengan rasa optimis akan menimbulkan keinginan untuk mencuba dan mengambil peluang bagi kemajuan dan kejayaan diri.
(Surah Ar-Ra’du: Ayat 11)
Ertinya:  Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala’ bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.
Pengertian Optimis
Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi yang memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan.
Rasa optimis akan lahir dalam diri manusia yang mengenali dirinya serta menyedari kurniaan Allah kepadanya.  Juga mempunyai keyakinan kepada Allah Ta’ala yang bersifat pengasih dan penyayang dan keyakinan kepada kebolehan diri sendiri.  Jelasnya, optimis terbentuk daripada tiga unsur utama:
1-Mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri.
2-Yakin kepada Allah Ta’ala
3-Yakin kepada kebolehan diri sendiri.
Optimis sebagai pendorong
Rasa optimis menjadi pendorong utama ke arah kemajuan dan kejayaan.  Perasaan ini akan melahirkan semangat ingin maju dan ingin berjaya, mengerakkan diri untuk berusaha, menimbulkan daya tahan dan istiqamah dan sedia berkorban dengan semangat jihad yang tinggi.Â
Orang yang berjaya dalam kehidupan, memulakan usaha dengan rasa optimis pada diri sendiri, semangat berdikari dan berserah kepada Allah Ta’ala.  Ia yakin bahawa usahanya yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala:
(Surah At-Taubah Ayat 120)
Ertinya:  …..Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Optimis terhadap keampunan Allah
Kemajuan dan kejayaan yang hakiki adalah kemajuan dan kejayaan yang diredhai Allah Ta’ala.  Kemajuan dan kejayaan itu adalah rahmat yang dikurniakan olehnya.  Sedangkan rahmat Allah Ta’ala pula sering terhalang oleh dosa hambanya.  Maka langkah pertama yang harus di ambil oleh orang yang mengharapkan kemajuan dan kejayaan itu ialah memohon keampunan daripadaya.
Orang yang memohon keampunan kepada Allah Ta’ala hendaklah optimis bahawa Allah Maha Pengampun, tanpa rasa ragu dan kecewa, hampa dan putus asa.  Allah Ta’ala dengan sifat Maha pengampun dan Maha penyayang membuka ruang pengampunan yang amat luas kepada hamba-hambanya.
(Surah Az-Zumar Ayat 53)
Ertinya:  Katakanlah (wahai Muhammad):  “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesunguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani.
Allah Ta’ala mengalu-alukan usaha hambanya mendekatkan diri kepadanya seperti yang dapat di fahami daripada hadis Qudsi:
Ertinya:  Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau Aku lebihkan.  Sesiapa yang mengerjakan satu kejahatan, maka ia hanya dibalas dengan satu kejahatan atau Aku ampunkan.  Sesiapa yang hampir kepada Aku sejengkal, Aku hampir kepadanya sehasta.  Sesiapa yang hampir kepada Aku sehasta, Aku akan hampir kepadanya sedepa.  Sesiapa yang datang kepada Aku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari.  Sesiapa yang menemui Aku membawa dosa seluas bumi, sedangkan ia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku akan menemuinya dengan memberi pengampunan sebesar itu juga.
Sungguh benar bahawa nasib manusia di dunia ini tidak sama.  Ada orang yang kaya dan ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sihat dan ada yang sakit.  Semua yang ada pada manusia adalah rahmat daripada kurniaan Allah Ta’ala.  Allah Ta’ala Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hambanya.
Sikap yang paling baik dalam mengharapkan rahmat Allah Ta’ala ialah optimis bahawa Allah Maha Pemberi Rahmat dan Maha Memperkenankan Harapan hamba-hambanya.  Sikap ini mendorong setiap orang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah dalam apa jua perkara yang diharapkannya.  Jika kamu mengalami nasib yang kurang baik janganlah kamu kecewa dan putus asa.  Percayalah bahawa Rahmat Allah amat baik dan tidak putus-putus.
Firman Allah Ta’ala:
(Surah Yusuf Ayat 87)
Ertinya:  ” Wahai anak-anakku ! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya ( Bunyamin ), Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhnya tidak putus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. “
Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Ertinya:  Allah Ta’ala menjadikan Rahmat seratus bahagian, 99 bahagian ditahan dan satu bahagian diturunkan ke bumi.  Daripada satu bahagian itu seluruh makhluk menaburkan kasih sayang, sehingga kamu melihat, binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.
( Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Tidak ada komentar: